Tuesday, November 13, 2012

Laksa Penang(an)

So atas request Cik Pn Kaya, this is a tutorial on how to buat laksa penang, my style.  I mean, my dad's style but whateve...

However before we start, you should know, to make a fishy and mouth-watering laksa, the most important ingredient is the fish itself.  Let it be known, the most suitable type of fish for this dish is ikan sardin hitam.  Why hitam? There are several types of sardines, the most delicious one is the blacker of the two (and of course more expensive) because it has fish oil that is just smashing!
Right...
Ikan sardin hitam
Gambar tu gambar ikan sardin bagi sapa yg x tau rupenyer. Pergi pasar, belilah sekilo. Cukuplah nak mkn satu family, 2-3 kali mkn.

Now, to do it, you need these things:
10 ekor ikan sardin hitam yg fresh
5 biji bawang besar
Belacan
Asam keping
Garam
Daun selum
Bunga kantan
Cili kering
Perisa Tambahan

Cara-caranya:
1. Mula-mula, p beli ikan. Hehe. Pastu, siang ikan. Kalau ada telur ikan, jgn buang. Boleh masuk dlm kuah.  Siang, basuh dan basuh lagi.
2. Rebus ikan yang telah disiang (dgn telur ikan sekali) dengan asam keping dan garam.  Cakap psl asam keping ni, susah nk ckp berapa bnyk nk letak. So start la ngan 5 keping dulu ke. Kalau tak cukup masam, boleh tambah kemudian. Garam pun sama. Bubuh lah sikit dulu. Nanti tak masin, baru tambah.  Rebus tu, ikan biar tenggelam dalam air tapi air jgn banyak sgt.  Kalau terlampau bnyk, kuah akan cair. Kureng sedap. Jgn rebus terlampau lama sampai ikan hancur. Susah nk perisi ikan nanti
Ikan kene rebus ngan asam keping and garam
 3. Ok, sambil dok tunggu ikan tu direbus, potong cili kering. Saya x pernah agak brape bnyk nk pakai. Selalunya saya potong bnyk2 sekali so lebihan boleh simpan dlm peti ais. Dah potong, rebus sampai mendidih.
Cili kering yg tlh dipotong
4. Sambil dok tunggu dua-dua tu mendidih, kupaslah bawang.  Bwg yg plg sedap, warna dia lebih purple/merah dr yang lain. Kalo pilih bwg, amik yg kalernyer lg gelap dr yg lain. More juicy.  Kalau ptg mmg pedih mata punya. Hehe
Saya suka mkn bwg so sy letak bnyk bwg. Kalau nk letak lg bnyk pun boleh tp agak2 la kan. Dah kupas, basuh, pastu ptg2 mcm gbr kat bwh ni supaya senang nak blend. Letak tepi.
5. Jgn blender bawang dulu. Bende pertama yg nk blend ialah cili kering td. Tos cili kering rebus tu, pastu basuh bagi hilang warna hitam. Lepas tu blender sampai lumat.
Cili kering utk blend
 Dah lumat, pindahkan masuk dalam bekas lain mcm dlm gbr kat bwh ni.
Simpan cili yang telah blend
6. Bekas blender cili tu, jgn basuh. Blend bwg pulak. Saya suka blend bwg ngan belacan. Sapa x tau rupe belacan, rupe dia mcm kat bwh ni. Belacan ni sebenarnya kalau letak lagi banyak selalunya buat kuah tu lagi sedap tp sy x suka belacan bnyk sgt.  Agak2 mcm besar pemadam pen sudah la.
Blend sampai lumat habis.
ini belacan aa, dari mersing woo

7. Sudah blend, masuk semua dlm periuk besar utk buat kuah.
8. Ikan rebus tadi, kaut dan masukkan dalam bekas berisi air bersih. Air rebusan tadi biarkan je dlm periuk. Tujuan letak dlm air bersih ialah utk sejukkan ikan rebus dan nk amik air bersih tu jd kuah tambahan.
9. Bila agak2 dh boleh pegang ikan tu,perisilah ia (hehe). Isi ikan terus masuk dlm blender tapi tulang tinggalkan je dalam bekas berisi air tadi.
10. Blend isi ikan dan telur ikan guna air rebusan ikan. Make sure, tapis air rebusan supaya tulang tak masuk sekali. Sudah lumat, terus masuk ke dalam periuk. Ulang 9 dan 10 hingga isi ikan habis.
11. Blend tulang ikan. Guna air rebusan jika masih ada atau boleh guna air bekas tulang tu. Blend lagi sampai hancur.  Masukkan dalam periuk dgn bertapis. Wajib tapis sebab tak mo tulang dan hampas masuk skali dlm kuah. Sebenarnya, rasa tulang ni yg bg perisa tambahan so rugi kalau tak amik.
12. Lepas tu, kacau2 sikit kuah dalam periuk tu.  Cili blend tadi boleh masuk sikit2 ikut sedap rasa. Saya cadang dlm 5 sudu besar pun dah ok dah. Cili tidak begitu mempengaruhi rasa.
13. Hidupkan api.  Biar sampai mendidih.  Oh ye. Kalau nk letak ajinomoto pun boleh. Selalunya org letak, tapi kalau ikan fresh, x letak pun x pe.
14. Rasa kuah. Kalau tak masam letak sama keping. Tak pedas, tambah cili. Jgn tambah garam sampai kuah mendidih.  Letak daum kesum dan bunga kantan.
Bunga kantan

Daun kesum
15. Biar kuah mendidih.  Tunggu esok baru makan.  Sbb apa? laksa adalah sejenis masakan perapan yg lagi sedap dimakan jika disimpan semalaman. Heheh

A complete bowl of laksa i made yesterday


Itu sahaja. Boleh x Pn Kaya? Hehe
If you ask my dad, theres another secret ingredient but thats for me to know and you all to find out. Hehehhhohohoho. Good luck. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment