Tuesday, May 10, 2011

Nasi Goreng Tomato

For this entry, I want to write down my favourite Nasi Goreng recipe.

Nasi Goreng Tomato

Bahagian A
2 pot beras (tanak sehingga masak. nasi jangan lembik)

Bahagian B
1 potong ayam
2 biji tomato

Bahagian C
10 (atau lebih) cili padi
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Bahagian D
3 sudu sos tomato
minyak
garam
perisa (jika mahu)

1. Tanak beras sebanyak 2 pot. Sejukkan. Pastikan nasi yang terhasil tidak lembik sebab kurang sesuai untuk buat nasi goreng. Ramas-ramaskan nasi supaya berkecai.

2. Potong dadu tomato dan ayam. Asingkan.

3. Blend semua bahagian C sehingga hampir halus.

4. Panaskan kuali dan letakkan minyak secukupnya. Masukkan semua bahan yang diblend tadi.

5. Bila bahan tumisan mula kering dan berbau harum, masukkan ayam. Masukkan garam dan perisa (jika mahu).

6. Tunggu hingga ayam masak, kemudian masukkan tomato. Gaulkan dan masukkan nasi. Gaul hingga rata.

7. Masukkan sos tomato dan gaulkan lagi hingga sebati. Siap!

No comments:

Post a Comment